Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam? #OPafrika


Muslim di Republik Afrika Tengah
dibunuh kejam?

(mungkin ini ‪#‎OPafrika‬ dilaksanakan).

REPUBLIK AFRIKA TENGAH - Umat
Islam di Republik Afrika Tengah telah
menjadi sasaran militian Kristian di
republik tersebut.
Sasaran tersebut telah mencetuskan
tragedi berdarah, di mana telah
menyebabkan kematian ramai umat
Islam yang tidak bersalah dan
berdosa, dedah sebuah agensi
bantuan kemanusiaan.
Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam
telah melarikan diri dari negara
tersebut.
Menurut Muslim Association of Britain
(MAB, Persatuan Muslim Britain),
mereka sudah memberi amaran
bahawa keganasan ini juga boleh
membawa kepada bencana kebuluran
dan keruntuhan ekonomi.
MAB turut melahirkan kekecewaan
dan kebimbangan mereka mengenai
pergolakan politik, keganasan dan
pembunuhan yang sedang berlaku di
Republik Afrika Tengah itu.
Kumpulan hak asasi manusia telah
melaporkan bahawa lelaki Islam,
wanita dan kanak-kanak telah
menjadi sasaran secara sistematik dan
dipaksa keluar daripada rumah
mereka dengan kejam, dirogol dan
diseksa .


Di samping itu, harta mereka telah
dicuri oleh kumpulan pengganas yang
dianjurkan militian Kristian, dakwa
agensi itu.
Para pelarian yang melarikan diri ke
negara-negara Afrika yang lain ini
terdiri daripada mereka yang miskin.
Kesannya, tragedi ini berpotensi
menyebabkan bencana kemanusiaan
dahsyat, ujar mereka.
Menurut Naib Presdien MAB, Ameena
Blake, beliau memahami bahawa
keganasan yang berlaku atas nama
agama Kristian ini tidak bererti
mencerminkan sikap majoriti Kristian
di rantau itu, di mana sebahagiannya
memberi perlindungan kepada umat
Islam di gereja-gereja mereka.
"Kami menggalakkan orang ramai di
rantau ini untuk terus menyokong
satu sama lain, untuk mencegah
gelombang baru pembunuhan
beramai-ramai," katanya.
MAB membuat rayuan kepada
kerajaan British untuk menggunakan
kuasa politik mereka untuk
membantu menyelesaikan krisis yang
amat buruk yang mengancam
Republik Afrika Tengah.
PBB telah memberi amaran bahawa
1.3 juta daripada 4.6 juta penduduk
di negara ini memerlukan bantuan
makanan segera. Adalah penting
untuk bertindak sekarang kerana
tiada siapa yang ingin melihat satu
lagi negara miskin dilanda rusuhan
awam dan keganasan politik.
./Cyberh4ck_48
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar :

Post a Comment

Silahkan Ber-Komentar bro.. :)
SOPAN WAJIB !!